<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7284972640297790437&amp;blogName=against+myself&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fnabilahizzati.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=ms&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fnabilahizzati.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Selasa, 2009 Mac 31

Baldness @ 14:17


Shiny bald head.

Easy to work with. No need of combing hair, dye, shampoo, conditioner or other hair care product. No worries of dandruff or lice. No bad hair day. Save a lot of money. You can feel the breeze of air through it.

Always wanted to try, but don't have the guts.



And it's laughing at me..

Label:


Rabu, 2009 Mac 18

Satu jam saja kita bergelap @ 14:14

Hah. Kamu semua sayang bumi tak?
Kalau tak sayang pun, fikir bumi ni tempat kamu semua hidup.
Tempat kamu semua bermimpi. Mengharap.

Jangan cakap banyak.
Daftar sini.

Tak usah fikir Akademi Fantasia.
Tak ada maknanya.


Label:


Isnin, 2009 Mac 16

Uh.. Tahap Kecairan Kuasa 3 @ 14:20

"About three things I was absolutely positive.
First, Edward was a vampire.
Second, there was a part of him-
and I didn't know how dominant that part might be-
that thirsted for my blood.
And third, I was unconditionally and irrevocably
in love with him."

Tengok cerita Twilight mencairkan hati wanitaku. :"3

Label:


Jumaat, 2009 Mac 13

Jom terbang @ 11:54

Jom terbang.

Kalau dapat terjun dari satu tempat yang sangat tinggi, lepas itu terus saja terbang tanpa tarikan graviti ke pusat bumi. Terasa badan diapung kekuatan angin. Terasa diri melayang tanpa arah tuju, tanpa perlu otak bekerja keras memikirkan sesuatu. Kemudian siap badan boleh meliuk dan bertukar posisi ikut keselesaan badan. Melintasi kawanan burung yang terbang mencari suasana baru, rumah baru. Kemudian singgah di awan menyelimuti badan. Awan dibentuk menjadi bantal dan lipatan selimut tebal. Tidur sekejap membuang penat. Amannya..

Mimpi? Tak apa. Asal aku tidak lagi bangun dari tidur. Tidur yang panjang menjauhkan aku dari dunia luar yang kasar.

Label:


Selasa, 2009 Mac 10

Bukit Belacan @ 09:09

Mandi di bukit Belacan.

Mandi atau menyelamkan kepala yang masih melekat tudung. Hipokrit kah aku? Walau baju dan seluar yang sudah basah lencun melekat di badan menampakkan susuk tubuh yang gempal, tudung masih melekat. Dan yang lain sudah melegakan kepala dari tudung dan membasah-basahkan rambut. Adakah ikatan tunang menghalalkan cara? Entah. Mereka sudah dewasa. Boleh fikir sendiri.

Aku tak mahu menunding, menuduh, mengkritik. Aku juga masih berjalan bengkang bengkok. Masih mencari-cari tali yang kukuh untuk berpegang. Aku juga masih salah. Tidak tahu siapa yang boleh tolong luruskan langkah aku.

Aku masih keliru. Masih malas mencari tikar sejadah. Sedarku masih jauh. Tolong sesiapa. Ketuk kepala ku berkali-kali hingga tersentak dari alpa. Hingga aku sedar yang mati datang bila-bila saja.

Label:


Jumaat, 2009 Mac 06

Kalendar Manusia @ 09:04

Kalendar manusia di sebelah sangat-sangat menarik. Dapat dari JanganKalut. Thx dude! ;) Kalau mahu klik saja di kalendar itu. :)

Label:


Rabu, 2009 Mac 04

Rasa seronok dengan hidup yang lebih wangi @ 15:03

Alhamdulillah.

Hidup aku 2-3 hari ni agak stabil. Praktikal pun ok. Sudah rasa sedikit selesa. Boleh dikatakan life aku sekarang agak gembira. Bukannya hidup aku sebelum ni tidak gembira. Cuma aku rasa sekarang lebih tenang. Dan lebih wangi. :p Sebenarnya baru beli deodorent
Adidas for women yang warna oren tu. Haha! Memang seronok. Hidup yang wangi seronok sangat-sangat ! (perkataan sangat-sangat di sini adalah kata ganti kepada G***, sebab tak boleh sebut, kalau tak kena denda 10sen :p)

Ok. Tadi ialah iklan.

Hari Isnin lepas aku ke Sepang buat pertama kalinya. Pergi tengok site pipeline di sana sambil tengok juruteknik melakukan kerja-kerja pembaikpulih ke atas salah satu valve di sana. (Valve dalam bahasa Melayu apa ya?) Seharian di bawah terik matahari telah menurunkan satu tahap tona warna kulitku. Mungkin dua. Ok banyak. Banyak tahap. Lepas ni kena beli krim tabir suria banyak-banyak. Kalau tidak macam mana mahu kahwin dengan cantik nanti. ;)

Ternyata penglibatan kaum hawa dalam bidang kejuruteraan agak sukar. Lebih-lebih lagi dalam bidang mekanikal yang didominasi oleh kaum adam. Tetapi satu insiden yang telah menyedarkan aku yang apa saja boleh jika kita mahu ialah semalam di mana satu projek membaiki jalan di kawasan tempat kerjaku telah di jalankan dan aku melihat sekumpulan pekerja lelaki diberi arahan kerja oleh seorang jurutera awam perempuan. Bagi aku sangat mengagumkan sebab aku memang punya masalah dalam bersosial lebih-lebih lagi dengan kaum lelaki. Sifat pemalu aku mungkin. Aku harap lepas ni aku akan lebih malu kerana berdiam dari malu untuk bercakap.

Oh ya. Siapa tahu 6 Mac ni Akar jadi atau tidak?

Label: ,


.welcome

life can be suck and happy at the same time

.profile

nabilah.izzati.mohd.nordin kelantan,malaysia 24.single.jobless

.exits

facebook
kak.fynn.jamal
i.am.stardust
pjoe
prokar
akar
sue.anna.joe
pipiyapong
isma

.archives

November 2007, Januari 2008, Februari 2008, April 2008, Mei 2008, Ogos 2008, September 2008, Oktober 2008, November 2008, Disember 2008, Januari 2009, Februari 2009, Mac 2009, April 2009, Mei 2009, Jun 2009, November 2009, Disember 2009,

.shout!


.layout