<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7284972640297790437&amp;blogName=against+myself&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fnabilahizzati.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=ms&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fnabilahizzati.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Rabu, 2009 Mei 27

Repekan Terindah @ 14:27

Aku rasa aku ni seorang yang pelik.

Aku rasalah. Sebab belum pernah ada orang yang cakap aku ni pelik. Tapi aku rasa memang aku ni pelik sikit. Mungkin sikit saja peliknya.

Peliknya yang aku rasa ialah pada otak aku. Mungkin sedikit pada kelakuan. Tapi pada fizikal tak adalah pelik sangat. Aku rasa ramai jugak orang yang bertubuh comel seperti aku.
Ya.. (ayat sos cili penyedap hati)

Otak aku pada fikiran aku, pelik kerana ianya tidak dapat berfungsi dengan baik di saat-saat genting berhadapan dengan situasi yang sangat memerlukan aku berfikir. Masa itulah dia menjadi penakut dan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Menyebabkan mulut tergagap-gagap mencari jawapan di hujung bibir tanpa pertolongan otak. Dan hasilnya keluarlah ayat-ayat yang ciri-cirinya menampakkan aku bercakap tanpa berfikir. Sudahnya aku rasa seperti mahu cilikan saja mulut, padahal yang bersalah adalah otak.

Tapi kasihan juga pada otak. Berhempas-pulas memerah diri mahu memuaskan si hati. Si hati yang sentiasa mahu dipuaskan. Jika tidak meranalah badan, yang juga sentiasa mengikut kata hati. Sampai kadang-kadang otak hilang arah. Maka berlakulah repekan-repekan oleh tuan badan yang tidak dapat difahami oleh tuan badan - tuan badan yang lain. Seperti sekarang.

Kau orang semua faham ke?

Aku memang pelik..



Label:


.welcome

life can be suck and happy at the same time

.profile

nabilah.izzati.mohd.nordin kelantan,malaysia 24.single.jobless

.exits

facebook
kak.fynn.jamal
i.am.stardust
pjoe
prokar
akar
sue.anna.joe
pipiyapong
isma

.archives

November 2007, Januari 2008, Februari 2008, April 2008, Mei 2008, Ogos 2008, September 2008, Oktober 2008, November 2008, Disember 2008, Januari 2009, Februari 2009, Mac 2009, April 2009, Mei 2009, Jun 2009, November 2009, Disember 2009,

.shout!


.layout