Kenapa semenjak dua menjak ni aku asyik sakit kepala berdenyut-denyut? Mungkinkah sebab setiap hari menyedut udara berkomposisikan petrol dan diesel? Mungkin. Tambahan pula 2-3 hari ini udara telah dicemari bakteria tikus yang sedang decomposed. Abang-abang aircond pun belum dapat cari lokasi sebenar arwah tikus tersebut.
Tadi pergi Alamanda, mahu beli bag yang chantek yang aku tengok dengan Alan hari Ahad lepas. Tapi dah sold out! Bengang betul.. Ni semua pasal manager cuti sebulan. Siapa suruh main futsal sampai putus urat tendon? Sampai kena operate? Pastu cuti sebulan. Kalau ya pun tunggulah sign release elaun aku dulu.. Tengah kering ni.. :(
Kepada manager En. Azlan, cepat-cepat la sembuh. Rajin-rajin la buat fisio. Lepas tu datang office, sign elaun aku ye. Lepas tu nak main futsal lagi, main la sampai lebam!
Label: life