Mandi di bukit Belacan.
Mandi atau menyelamkan kepala yang masih melekat tudung. Hipokrit kah aku? Walau baju dan seluar yang sudah basah lencun melekat di badan menampakkan susuk tubuh yang gempal, tudung masih melekat. Dan yang lain sudah melegakan kepala dari tudung dan membasah-basahkan rambut. Adakah ikatan tunang menghalalkan cara? Entah. Mereka sudah dewasa. Boleh fikir sendiri.
Aku tak mahu menunding, menuduh, mengkritik. Aku juga masih berjalan bengkang bengkok. Masih mencari-cari tali yang kukuh untuk berpegang. Aku juga masih salah. Tidak tahu siapa yang boleh tolong luruskan langkah aku.
Aku masih keliru. Masih malas mencari tikar sejadah. Sedarku masih jauh. Tolong sesiapa. Ketuk kepala ku berkali-kali hingga tersentak dari alpa. Hingga aku sedar yang mati datang bila-bila saja.
Label: thoughts