<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7284972640297790437&amp;blogName=against+myself&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fnabilahizzati.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=ms&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fnabilahizzati.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Isnin, 2009 Februari 02

AKAR, Fynn, Melayu @ 09:09

Jumaat malam yang lepas, kali pertama aku pergi ke event seperti Akar. Akar yang dulunya Layar Tanchap terasa sangat rapat dengan aku. Mula-mula sampai, lohong. Tapi semakin masa menganjak mengejar Kak Fynn, pengunjung semakin ramai. Pada mulanya aku tak fikir yang mereka datang hanya untuk lihat Kak Fynn. Tapi terbukti bila Kak Fynn balik, makin ternampak ruang kosong di tikar mengkuang tersedia. Ya. Kami bersimpuh di tikar mengkuang. Sangat Melayu. Dengan bunyi-bunyian seperti seruling dan satu alat yang tidak dapat dikenal pasti, dengan deklamasi puisi-puisi, MC dan beberapa anak-anak lagi berbaju melayu,dan baju kurung, suasananya sangat kemelayuan. Ya. Melayu. Intipati yang semakin hilang aku lihat di dalam jiwa anak-anak Melayu sekarang. Aku juga mungkin.

Aku dan Che Su pergi berseluar jeans. Ber T-shirt hitam. Sumpah kami tidak tahu. Akan datang Insya Allah, baju kurung aku sarungkan.

Maaf tiada gambar. Aku terlalu khusyuk melayan mereka. Yang sangat berbakat aku nampak. Dan Kak Fynn. Kali pertama muncul bertudung dan mengendong Ilham. Menyanyikan dua puisi yang sangat indah. Melagukannya tanpa kertas di tangan. Semuanya datang dari jiwa. Dengan Ilham di riba. Aku sangat kagum.

Aku rakamkan satu puisi Fynn. Tapi maaf, bukan video.

Yang lain tak kurang hebatnya. Etude. Muzik ala-ala lounge. Memang taste aku. Serambi membawa kembali Melayu yang kian hilang di asak muzik barat.

Ah. Aku nak pergi lagi!


Label:


.welcome

life can be suck and happy at the same time

.profile

nabilah.izzati.mohd.nordin kelantan,malaysia 24.single.jobless

.exits

facebook
kak.fynn.jamal
i.am.stardust
pjoe
prokar
akar
sue.anna.joe
pipiyapong
isma

.archives

November 2007, Januari 2008, Februari 2008, April 2008, Mei 2008, Ogos 2008, September 2008, Oktober 2008, November 2008, Disember 2008, Januari 2009, Februari 2009, Mac 2009, April 2009, Mei 2009, Jun 2009, November 2009, Disember 2009,

.shout!


.layout