<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7284972640297790437&amp;blogName=against+myself&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fnabilahizzati.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=ms&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fnabilahizzati.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

Selasa, 2009 November 24

Movie List @ 23:27

1) A Christmas Carol
2) New Moon
3) The Men Who Stare At A Goats
4) The Imaginarium of Doctor Parnassus
5) Beach Boys

Label:


Ingatkan lepas ayah tak ada dah nk stop blogging. Tak sanggup nak buka blog ni sebab ada beberapa entri dan gambar pasal ayah. Hanya sekadar untul scroll ke bawah untuk tengok updates blogger-blogger lain pun tak sanggup. Dah delete entri-entri berkenaan pun masih rasa trauma untuk buka blog.

Tapi..

Sampai bila..

Akhirnya selepas customize balik blog, dah mampu senyum semula sambil baca blog-blog yang selama ini sentiasa menggeletek dan menginspirasi.

Insya Allah aku akan sentiasa memotivasikan diri untuk sentiasa update blog yang tak seberapa ini. Walapun hanya beberapa huruf. ;)

Label:


Selasa, 2009 Jun 02

Sakit punggung sebelah kanan @ 11:00

Haha! Erotik ke tajuk tu? Tak kan..

Pergi tengok 3 venus hari ahad lepas. Sekarang baru ada peluang blogging. All white theme, jadi saya decide untuk membeli sehelai dress yang agak gedik pada pandangan mata saya (mungkin makcik saya juga..). Sampai2 saja, nampak seorang makcik yang sedang asyik menaip sesuatu di laptop. 

Oh.. Kak Fynn rupanya..(jangan marah.. ;)  Memang berharap sangat Kak Fynn datang. Yelah. Akar dia tak datang. Baru lepas orpeation la katakan.. Itu pun dia ditolak ke sana sini dengan kerusi roda.  Walaupun sakit, dia tetap bertempik di kerusi plastik itu, menjeritkan perasaannya. Respek sangat kat dia. Takut je terbukak stiches tu.. huhu. Kak Fynn memang best! First dengar lagu Over, nangis saya. Yela. Baru je break up with my bf. Sedih.. ;( But now we are bestfriend! Okla tu..

Lepas tu nampak seorang lelaki ni. Macam kenal je. Rupa2nya Asyraf. Pembaca puisi pelik di Akar. Tak berapa cam pasal dia tak pakai baju Melayu yang lengkap dengan songkok sekali. Nasib baik muka dia macam Joe Flizzow version kurus. Tu yang perasan gak tu. Haha! Tapi sorry cakap ya. Saya tak berapa suka dengan cara dia baca puisi. Agak membosankan sedikit. Maaf ya kalau ada peminat dia yang baca pendapat saya ni. (Kalau ada la yang baca.. hehe..)

First time saya tengok Wani Ardi dan Ana Raffali perform. Sangat bagus. Makcik saya kata suara Wani Ardi dah improve. Anna Raffali pulak makin cantik. Yala. Dia memang dah banyak kali ikut geng-geng dieorang tu punya event. Tapi honestly, lagu-lagu mereka sangat bagus. Bangga sebab ada gadis-gadis yang educated dan talented macam mereka di Malaysia ni. Rina S pun best (Betul ke eja nama dia?) Mula-mula denga suara lembut je. Tapi bila nyanyi, suaranya sangat besar dan sangat confident! Sangat bagus! 

Overall event tu sangat bagus. Walaupun tak ada break langsung. Sampai lenguh kaki dan punggung. ;p  Bak kata Rina S, sakit punggung sebelah kanan, lepas tu sebelah kiri pulak. Faham je dia kan. Hehe.. Kami dapat free cd satu. Compilation lagu 3 venus - Gadis, Kak Fynn - Over, Wani - Lampu Jalan dan Ana - Paint Me. Lepas tu beli dvd Ana Rafali. Memang seronok la. Puas hati!

Lain kali nak pergi lagi!

*Oh ya. Jumpa PJOE for the first time. Dengan gf dia yang tinggi lampai. Dia dapat lucky draw. Lalu sebelah saya nak collect hadiah. Lepas tu dengar dia cakap, "Hah.. Ado doh buku ni.." Haha..


Label: ,


Dapat award daro BD Fab. Thax a lot beb. 
So here it is.

Copy award di bawah untuk diletakkan di blog anda.



Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.

1) orang kuat blogger UMP
2) name fabregas nye itu tak silap aku pemain bola sepak kn? =_="
3)memang seorang yg pemurah sebab suka kongsi banyak citer n lagu
4)name betul die zabidi mohamad (yang baru hari ini aku tau..huhu)
5)berjantina lelaki (da takde idea.. lol)

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih

1) suka gila dengar lagu  
2) tak suka lagu-lagu yang terlebih famous, more into something rare
3) pelik dan unpredictable
4) berbadan comel.. hehe..
5) tak suka di rendah-rendahkan 
6) cepat bosan dengan sesuatu perkara, atau orang 
7) susah nak buat keputusan
8) suka drive sambil dengar lagu bervolume tinggi
9) suka makan (duh..)
10) tak pandai meluahkan perasaan.. (dengan erti kata lain hati batu)

^.^ v

Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka

1) Dya - adik ku, gile adam lambert yang gay haha!
2) Ferienza - my first follower
3) delinda - umpian yang blognye sangat kiut
4) nawal - the twins
5) naseem - the twins
6) najwa - my sis also, gile jepun
7) donut akak bulat - budak mechi ump yang agak cool orgnye dan penah bagi awrd kat aku gak yang berupa sebuh bilik solat
8) juan - budak mechi gak, geng en donut di atas dan terrer dalm bab2 grafik
9) pah - geng2 7) dan 8) yang kadang2 nampak agak kiut (hehe..)
10) shira - beloved junior masa kat ump ;)

Penat betul nak pilih sape yang aku nk kasik awrd.. So kepada mereka2 di atas, rajin2 la ye kolek awrd anda. ;)

Label:


Jumaat, 2009 Mei 29

Amelia @ 22:41


Free style from amelia, otam and 2 other guys.

Best sgt2. Insya Allah video akan di upload.

^.^ v



Akar, 9.30 pm.

Rabu, 2009 Mei 27

Repekan Terindah @ 14:27

Aku rasa aku ni seorang yang pelik.

Aku rasalah. Sebab belum pernah ada orang yang cakap aku ni pelik. Tapi aku rasa memang aku ni pelik sikit. Mungkin sikit saja peliknya.

Peliknya yang aku rasa ialah pada otak aku. Mungkin sedikit pada kelakuan. Tapi pada fizikal tak adalah pelik sangat. Aku rasa ramai jugak orang yang bertubuh comel seperti aku.
Ya.. (ayat sos cili penyedap hati)

Otak aku pada fikiran aku, pelik kerana ianya tidak dapat berfungsi dengan baik di saat-saat genting berhadapan dengan situasi yang sangat memerlukan aku berfikir. Masa itulah dia menjadi penakut dan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Menyebabkan mulut tergagap-gagap mencari jawapan di hujung bibir tanpa pertolongan otak. Dan hasilnya keluarlah ayat-ayat yang ciri-cirinya menampakkan aku bercakap tanpa berfikir. Sudahnya aku rasa seperti mahu cilikan saja mulut, padahal yang bersalah adalah otak.

Tapi kasihan juga pada otak. Berhempas-pulas memerah diri mahu memuaskan si hati. Si hati yang sentiasa mahu dipuaskan. Jika tidak meranalah badan, yang juga sentiasa mengikut kata hati. Sampai kadang-kadang otak hilang arah. Maka berlakulah repekan-repekan oleh tuan badan yang tidak dapat difahami oleh tuan badan - tuan badan yang lain. Seperti sekarang.

Kau orang semua faham ke?

Aku memang pelik..



Label:


Ahad, 2009 Mei 17

Tumblebug Obsession @ 22:08



Making a non-stop record of finishing the 12 stages of colorful bugs-shooting by my aunt since 7.30 pm.

Current status: stage 9

Label:




Jangan jealous.. ^.^v

Label:




Went to Capsquare at Tangga both to get 3Venus tiket and I've got it!

There were lots of other booth and most of them selling off their own precious goodies!

Fun people fun time!

Label: ,


.welcome

life can be suck and happy at the same time

.profile

nabilah.izzati.mohd.nordin kelantan,malaysia 24.single.jobless

.exits

facebook
kak.fynn.jamal
i.am.stardust
pjoe
prokar
akar
sue.anna.joe
pipiyapong
isma

.archives

November 2007, Januari 2008, Februari 2008, April 2008, Mei 2008, Ogos 2008, September 2008, Oktober 2008, November 2008, Disember 2008, Januari 2009, Februari 2009, Mac 2009, April 2009, Mei 2009, Jun 2009, November 2009,

.shout!


.layout